Salam hormat,
Rancangan yang dikelolakan oleh Nabil ini sudah tentu diminati ramai. Saudara pun mungkin tak terkecuali. Kalau saudara suka, saya pun suka!. "Lu pikirlah sendiri!" ...sesekali sebut dan dengar arahan tersebut kelihatan sombong tapi telah dilawakkan.
Nak diceritakan berkaitan pengalaman gas adalah kekadang kita bertanya soalan yang jawapan yang paling sesuai adalah "Lu pikirlah sendiri!". ...tapi tak tergamak la lagi! Contohnya :
J1 : "Maaf kak, perkhidmatan penghantaran gas dihentikan sementara sehingga hujan berhenti".
S1 : "Jadi pukul berapa adik boleh hantar gas?"
Kes 2 : ..macam mana saya nak masak?
J2 : "Maaf bang, stok gas tengahari ini telah habis dan insya Allah stok akan ada semula pukul 3 petang".
S2 : "Saya belum makan lagi ne, macam mana saya nak masak?"
Kes 3 : ..kena bagi jawapan kira-kira la pulak?
J3 : "Kos perkhidmatan tambahan akan dikenakan bagi penghantaran gas yang perlu menaiki tangga, iaitu 50sen setingkat".
S3 : "Kalau saya tinggal di tingkat 2, berapa kos tambahanya?"
....dan banyak lagi soalan. Mungkin saja, mereka nak bermanja! Mungkin juga mereka peramah sangat, sampai tak tau nak tanya apa? Mungkin juga, mereka perlu simpati?. Apa pun, Lu pikirlah sendiri!
No comments:
Post a Comment