Bertemu kembali,
Sebut sahaja perkhidmatan penghantaran barangan, resiko yang perlu dielakkan adalah kesilapan alamat penerima. Salah alamat bererti barangan yang dihantar tidak akan diterima oleh penerima yang betul. ..dan dalam perniagaan ia dianggap rugi besar!
Ianya tidak terkecuali dalam perkhidmatan penghantaran gas ke rumah-rumah. Silap alamat bererti anda telah mengangkat gas yang beratnya lebih 30kg ke rumah yang salah. Bayangkan anda membawanya berkilometer jauhnya, memikulnya bertingkat bangunan tingginya dan bila di beri salam tiada sambutan kerana tiada penghuni di rumah sebab salah rumah atau bila dibuka pintu dimaklumkan bahawa mereka tidak ada menempah gas yang dibawa. Tak ke haru! Rasa nak tercabut kepala lutut, rasa nak baling tong gas tu ke bawah bangunan pun ada!. Semuanya gara-gara silap mengambil alamat, silap menulis alamat atau mungkin silap alamat semasa di beri kepada penghantar. Dan yang paling haru, alamat yang diberi adalah betul tetapi kita telah pergi ke rumah yang salah.
Dipendekkan cerita, bab alamat ne memang kena perhati betul-betul supaya jangan silap dari mula menerima alamat dari pelanggan, menulis, memberi alamat dan pergi ke alamat yang betul.
Nak diceritakan kali ne adalah bab semasa mengambil alamat daripada pelanggan melalui telefon. Kesilapan terbanyak adalah dari segi sebutan huruf yang dengar sama aja, iaitu :
i) Huruf ‘A’, ‘C’ dan ‘E’
ii) Huruf ‘B’, ‘D’ dan ‘G’
Contohnya, seorang pemanggil memaklumkan alamatnya adalah Presint 11, Blok E, Tingkat 6, Pintu 7. Saudara memang dengar dan pasti pelanggan sebut Blok E, memang yakin dengar Blok E. Saudara jangan terperanjat jika blok yang sebenar adalah Blok A atau Blok C, saya tak terkejut sama sekali!.
Bagi memastikan tidak berlaku kesilapan huruf-huruf tadi diujudkan kod-kod yang sering digunakan oleh pasukan keselamatan seperti A = Alpha, B = Beravo, C = Charlie dan sebagainya. Kod-kod paling popular mengikut huruf di Putrajaya adalah :
i) A = Ayam, Amerika
ii) B = Bola, Buku
iii) C = Cawan, China
iv) D = Donkey, Duku, Denmark
v) E = Emak, Ekor
vi) F = Finland
vii) G = Gajah
viii) H = Harimau
Jadi, jika saudara menetap di Putrajaya dan ingin menempah gas dengan alamat seperti di atas, saudara boleh sebut alamat saya, “Presint 11, Blok Emak, T6, U7”. Mungkin bagi yang kurang biasa rasa janggal, tapi bagi kami ianya penting dan amat-amat membantu bagi memastikan alamat yang diterima tepat dan betul. Kekadang kita perlu keluar dari kelompok biasa untuk menjadi yang luarbiasa, kan hebat!
No comments:
Post a Comment