Hari ini rasa betul-betul dibakar..panas satu badan. Dah lah demam sejak semalam, bermacam ragam lak berlaku hari ne. Bayangkan :
- Pukul 10 pagi lagi stok gas habis dan bagitau pelanggan insyAllah pukul 11 ada stok sebab kebiasaan stok baru sampai waktu itu.
- Pukul 11.30 pagi lori gas tak sampai sebab pemandu ada kes kecemasan dan bagitau pelanggan insyAllah pukul 1 ada stok sebab pemandu andaikan waktu itu dah ok.
- Pukul 12.30 tengahari pemandu maklum tayar lori bocor dan bagitau lagi pelanggan insyAllah pukul 3 petang ada stok sebab jangka leh settle la waktu tuu.
- Pukul 4.30 petang baru dapat stok dan bagitau pelanggan gas sedang dihantar-hantar.
- Pukul 6 petang rider maklum motor bocor. ....dan tak berani lagi nak angkat telefon.
Pandangan saudara budiman diperlukan jika dapat membantu menjawab soalan ini : Perlu ke telefon dijawab jika perkhidmatan tidak dapat diberikan?
Jika diangkat telefon, dalam kes no 1 dan kes no 2 leh settle lagi. Masuk kes no 3 mula la pelanggan dah tinggi suara. Masuk kes no 4 memang sah kena maki hamun tanpa sempat bagi penjelasan. Kes no 5 ..???. Perkataan yang lembut tapi bisa untuk didengar ialah bila dikatakan "Inilah orang Melayu berniaga bla bla bla ...?"..bisa bisa bisa. Bangsa lain tak hadapi masalah macan ne ke? Nak jawab apa lagi dah memang realitinya begitu? Bukan perkara ne sengaja direka-reka? Tak leh berniaga bermakna RUGI! ...dan semua ini bukan dirancang? Bodoh betul seorang peniaga kalau merancang untuk tidak berjual!
Bagaimana kalau tidak diangkat telefon? Sms serupa akan keluar termasuk "Inilah orang Melayu berniaga bla bla bla?". Ini pun bisa juga, "Tak berniaga lagi ke bla bla bla ..? "Kedai dah tutup ke bla bla bla ..?" Dan akan berpanjangan berhari-hari selepas itu apabila pelanggan nak buat tempahan baru. Mukadimahnya mesti complain dulu seperti "Kenapa hari itu saya cal tak angkat-angkat bla bla bla ...?.
Diangkat telefon salah, tak diangkat pun salah! Seorang kawan cadangkan suruh mesin aja jawab, boleh ke? Mungkin saudara ada cadangan yang boleh dikongsi bersama..silakan.
No comments:
Post a Comment