Pernah mengalaminya sendiri lebih 4 bulan, mendengar cerita daripada mereka yang terlibat, memang mereka jarang dihargai!. Bukan tidak ada yang menghargai tetapi jumlahnya boleh kira dengan jari...sedih bunyinya tapi itu lah ceritanya. Apa taknya, mereka inilah tempat kita bergantung agar dapur kita berasap (istilah masa dapur kayu) tetapi mereka juga lah tempat menerima sebarang masalah daripada pengguna dan kekadang lebih daripada itu mereka terima, sumpah seranah seperti lewat penghantaran dll. Itu bukan tugas mereka, tugas mereka adalah menghantar barangan ke tempat yang telah ditetapkan mengikut arahan syarikat. Kalau lewatpun, mesti ada alasan di bawah pengetahuan syarikat. Dan syarikat akan bertanggungjawab dan menjawab segala sebab kelewatan tersebut. Banyak ruang disediakan.. telefon, sms, email, blog, chat dan banyak lagi.
Kalau mereka membuat kerja-kerja selain menghantar gas maka :
- Kelewatan penghantaran berlaku.
- Emosi pekerja terganggu. Ada pekerja yang terus balik kerana telah dimarahi pelanggan.
- Hubungan baik terjejas.
- Masalah tidak akan selesai.
Saya merayu hargailah mereka, jika tiada masalah semasa mereka menghantar gas!. Pernahkah saudara terfikir.. Berapa puluh tong mereka hantar gas setiap hari? Berapa ratus tong mereka hantar setiap minggu? Berapa ribu tong mereka hantar setiap bulan? Cuba saudara fikirkan pula, mengangkat satu tong sebulan sekali untuk kekedai pun terasa berat, malas dan serba serbi rasa yang tak sedap la! Kesimpulannya ia bukan kerja mudah dan bukan juga mengharapankan balasan, cukup sekadar ucapan TERIMA KASIH, tidak lebih dari itu. Itupun sangat-sangat dihargai dan lebih dari memadai.
Mereka sukar dicari pada alaf ini. Sebagai bukti, lebih setahun kami tidak berjaya memenuhi keperluan/permintaan gas di Putrajaya kerana kurang pekerja. Dapat satu, berhenti dua. Dapat dua, berhenti satu..tak pernah cukup sehingga kini!
Berapa ramai yang memberi air minuman jika melihat mereka begitu letih? Bukan meminta dan memanglah dah tugas mereka. Tetapi tugas ini bukan calang-calang orang boleh lakukan. Payah betul mencari mereka ini yang saya gelarkan WIRA 1Putrajaya. Sedari pagi mereka mengangkat, mengheret, memikul, mengolek, menolak, menggantung tong gas seberat lebih 30 kilogram dari segenap pelusuk Putrajaya bagi memenuhi keperluan ASAS warga Putrajaya.
Kalau saudara masih kurang faham juga, saya buka ruang untuk cuba sejam ke, sepagi ke, sepetang ke, sehari pun tak pe kerja sementara seperti mereka. Macam mana? Gaji boleh runding, yang penting alami sendiri baru tahu! Macam-macam alasan la pulak kita beri, takut la tu! tak berani sahut cabaran.
Sebab saudara bukan WIRA 1Putrajaya, tapi mereka! Cuba saudara bayangkan tanpa mereka, susahkan? Syabas WIRA 1Putrajaya, semoga cekal menghadapi dugaan yang ada.
No comments:
Post a Comment