Gas memasak PETRONAS, Gas pilihan ramai. (Pak Teh Gas - 013-640 2626)

smile smile smile smile smile

Pastikan Gas PETRONAS - Buatan MALAYSIA - Belilah dengan "PAK TEH GAS"

Yang Anda Perlu Tahu!

            1.                   Waktu tempahan gas adalah mulai jam 9 pagi hingga 9 malam :

i)             Panggilan telefon dan sms hanya akan dilayan mulai 9 pagi hingga 9 malam sahaja.
ii)            Penghantaran gas bermula jam 9 pagi hingga habis tempahan yang diterima sehingga 9 malam.

2.            Kawasan penghantaran gas ke rumah-rumah di Putrajaya :

i)                    Kawasan 1 – Presint 7, Presint 8, Presint 9, Presint 10 dan Presint 11.
ii)                   Kawasan 2 – Presint 14, Presint 15, Presint 16, Presint 17 dan Presint 18.
iii)                 Warga Putrajaya yang memerlukan gas tetapi menetap selain daripada Presint yang dinyatakan di atas boleh mendapatkan gas dengan hadir ke mana-mana Stesyen Minyak di kawasan Putrajaya dan membuat tempahan. Kami akan menghantar gas ke Stesyen Minyak yang dinyatakan.

3.            Proses penghantaran gas ke RUMAH :

i)             LOJI GAS – STOKIS – DEALER/SUB-DEALER – KEDAI/PORT – RUMAH
ii)                   Gas akan diambil dari LOJI GAS Petronas di Melaka dan dihantar ke STOKIS gas di Sungai Merab, Kajang menggunakan lori treler.
iii)                 DEALER/SUB-DEALER akan mengambil gas dari STOKIS dan menghantar ke KEDAI di seluruh Putrajaya dan PORT di Presint 11 dan Presint 17 menggunakan lori 1 hingga 3 tan.
iv)                 Gas akan dihantar ke RUMAH daripada PORT dengan menggunakan motosikal mengikut kawasan oleh Penghantar Gas.

4.            Halangan penghantaran gas ke RUMAH :

i)                    Jika stok gas di PORT habis maka penghantaran gas ke RUMAH tidak dapat dilaksanakan.  Kehabisan gas di PORT adalah disebabkan sama ada oleh kehabisan stok gas di loji gas, stokis atau dealer/sub-dealer.
ii)                   Jika Penghantar Gas tidak mencukupi kerana bercuti atau kecemasan maka penghantaran gas ke RUMAH akan tergendala atau tidak dapat dilaksanakan. Setiap hari sekurang-kurangnya 3 orang Penghantar Gas perlu ada untuk memastikan setiap tempahan gas dapat di hantar.
iii)                 Jika kenderaan rosak seperti tayar bocor dan sebagainya maka penghantaran gas ke RUMAH juga akan tergendala.
iv)                 Jika hari hujan. Penghantaran gas ke RUMAH adalah menggunakan motosikal maka jika hari hujan penghantaran gas terpaksa dihentikan atau jika boleh pun dalam keadaan berhati-hati dan lambat kerana bahaya jalan licin.
v)                  Jika waktu peak-time. Penghantaran gas ke RUMAH akan menjadi lewat sehingga lebih 1 jam, malahan lebih 4 jam kerana tempahan yang luarbiasa atau waktu peak-time. Untuk makluman, seorang Penghantar Gas boleh menghantar 3 hingga 4 tong gas sejam. Waktu tempahan luarbiasa/peak-time di Putrajaya adalah :
a)            Isnin hingga Jumaat – 5 petang hingga 9    malam.
b)            Sabtu/Hari gaji dan 2 hari selepas gaji – 9 pagi hingga 9 malam.
c)            Ahad/n Cuti Umum – 9 pagi hingga 2 petang.


      

gas
BELI 2 TONG GAS, 1 SEBAGAI SPARE. PASTI BERFAEDAH!