Gas memasak PETRONAS, Gas pilihan ramai. (Untuk Tempahan Gas Tel : 013-640 2626)

smile smile smile smile smile

Pastikan Gas PETRONAS - Buatan MALAYSIA - Belilah dengan "PAK TEH GAS"

Sunday, December 19, 2010

WIRA 1Putrajaya..hargailah mereka!

Salam 1Putrajaya,

Pernah mengalaminya sendiri lebih 4 bulan, mendengar cerita daripada mereka yang terlibat, memang mereka jarang dihargai!. Bukan tidak ada yang menghargai tetapi jumlahnya boleh kira dengan jari...sedih bunyinya tapi itu lah ceritanya. Apa taknya, mereka inilah tempat kita bergantung agar dapur kita berasap (istilah masa dapur kayu) tetapi mereka juga lah tempat menerima sebarang masalah daripada pengguna dan kekadang lebih daripada itu mereka terima, sumpah seranah seperti lewat penghantaran dll. Itu bukan tugas mereka, tugas mereka adalah menghantar barangan ke tempat yang telah ditetapkan mengikut arahan syarikat. Kalau lewatpun, mesti ada alasan di bawah pengetahuan syarikat. Dan syarikat akan bertanggungjawab dan menjawab segala sebab kelewatan tersebut. Banyak ruang disediakan.. telefon, sms, email, blog, chat dan banyak lagi.   

Kalau mereka membuat kerja-kerja selain menghantar gas maka :
  • Kelewatan penghantaran berlaku.
  • Emosi pekerja terganggu. Ada pekerja yang terus balik kerana telah dimarahi pelanggan.
  • Hubungan baik terjejas.
  • Masalah tidak akan selesai.

Saya merayu hargailah mereka, jika tiada masalah semasa mereka menghantar gas!. Pernahkah saudara terfikir.. Berapa puluh tong mereka hantar gas setiap hari? Berapa ratus tong mereka hantar setiap minggu? Berapa ribu tong mereka hantar setiap bulan? Cuba saudara fikirkan pula, mengangkat satu tong sebulan sekali untuk kekedai pun terasa berat, malas dan serba serbi rasa yang tak sedap la! Kesimpulannya ia bukan kerja mudah dan bukan juga mengharapankan balasan, cukup sekadar ucapan TERIMA KASIH, tidak lebih dari itu. Itupun sangat-sangat dihargai dan lebih dari memadai.

Mereka sukar dicari pada alaf ini. Sebagai bukti, lebih setahun kami tidak berjaya memenuhi keperluan/permintaan gas di Putrajaya kerana kurang pekerja. Dapat satu, berhenti dua. Dapat dua, berhenti satu..tak pernah cukup sehingga kini!

Berapa ramai yang memberi air minuman jika melihat mereka begitu letih? Bukan meminta dan memanglah dah tugas mereka. Tetapi tugas ini bukan calang-calang orang boleh lakukan.  Payah  betul mencari mereka ini yang saya gelarkan WIRA 1Putrajaya. Sedari pagi mereka mengangkat, mengheret, memikul, mengolek, menolak, menggantung tong gas seberat lebih 30 kilogram dari segenap pelusuk Putrajaya bagi memenuhi keperluan ASAS warga Putrajaya. 

Kalau saudara masih kurang faham juga, saya buka ruang untuk cuba sejam ke, sepagi ke, sepetang ke, sehari pun tak pe kerja sementara seperti mereka. Macam mana? Gaji boleh runding, yang penting alami sendiri baru tahu! Macam-macam alasan la pulak kita beri, takut la tu! tak berani sahut cabaran. 

Sebab saudara bukan WIRA 1Putrajaya, tapi mereka! Cuba saudara bayangkan tanpa mereka, susahkan? Syabas WIRA 1Putrajaya, semoga cekal menghadapi dugaan yang ada.

Tuesday, December 14, 2010

Yang mana satu? ...angkat atau tak perlu angkat

Salam 1Malaysia,

Hari ini rasa betul-betul dibakar..panas satu badan. Dah lah demam sejak semalam, bermacam ragam lak berlaku hari ne. Bayangkan : 
  1. Pukul 10 pagi lagi stok gas habis dan bagitau pelanggan insyAllah pukul 11 ada stok sebab kebiasaan stok baru sampai waktu itu.
  2. Pukul 11.30 pagi lori gas tak sampai sebab pemandu ada kes kecemasan dan bagitau pelanggan insyAllah pukul 1 ada stok sebab pemandu andaikan waktu itu dah ok.
  3. Pukul 12.30 tengahari pemandu maklum tayar lori bocor dan bagitau lagi pelanggan insyAllah pukul 3 petang ada stok sebab jangka leh settle la waktu tuu.
  4. Pukul 4.30 petang baru dapat stok dan bagitau pelanggan gas sedang dihantar-hantar.
  5. Pukul 6 petang rider maklum motor bocor. ....dan tak berani lagi nak angkat telefon.
Pandangan saudara budiman diperlukan jika dapat membantu menjawab soalan ini : Perlu ke telefon dijawab jika perkhidmatan tidak dapat diberikan? 

Jika diangkat telefon, dalam kes no 1 dan kes no 2 leh settle lagi. Masuk kes no 3 mula la pelanggan dah tinggi suara. Masuk kes no 4 memang sah kena maki hamun tanpa sempat bagi penjelasan. Kes no 5 ..???. Perkataan yang lembut tapi bisa untuk didengar ialah bila dikatakan "Inilah orang Melayu berniaga bla bla bla ...?"..bisa bisa bisa. Bangsa lain tak hadapi masalah macan ne ke? Nak jawab apa lagi dah memang realitinya begitu? Bukan perkara ne sengaja direka-reka? Tak leh berniaga bermakna RUGI! ...dan semua ini bukan dirancang? Bodoh betul seorang peniaga kalau merancang untuk tidak berjual! 

Bagaimana kalau tidak diangkat telefon? Sms serupa akan keluar termasuk "Inilah orang Melayu berniaga bla bla bla?".  Ini pun bisa juga, "Tak berniaga lagi ke bla bla bla ..? "Kedai dah tutup ke bla bla bla ..?" Dan akan berpanjangan berhari-hari selepas itu apabila pelanggan nak buat tempahan baru. Mukadimahnya mesti complain dulu seperti "Kenapa hari itu saya cal tak angkat-angkat bla bla bla ...?.  

Diangkat telefon salah, tak diangkat pun salah! Seorang kawan cadangkan suruh mesin aja jawab, boleh ke? Mungkin saudara ada cadangan yang boleh dikongsi bersama..silakan.

Monday, December 13, 2010

Lu pikirlah sendiri!

Salam hormat,

Rancangan yang dikelolakan oleh Nabil ini sudah tentu diminati ramai. Saudara pun mungkin tak terkecuali.  Kalau saudara suka, saya pun suka!. "Lu pikirlah sendiri!" ...sesekali sebut dan dengar arahan tersebut kelihatan sombong tapi telah dilawakkan.

Nak diceritakan berkaitan pengalaman gas adalah kekadang kita bertanya soalan yang jawapan yang paling sesuai adalah "Lu pikirlah sendiri!". ...tapi tak tergamak la lagi! Contohnya :

Kes 1 : ..pukul berapa hujan akan berhenti?

J1  : "Maaf kak, perkhidmatan penghantaran gas dihentikan sementara sehingga hujan berhenti".
S1 : "Jadi pukul berapa adik boleh hantar gas?"

Kes 2 :  ..macam mana saya nak masak?

J2 : "Maaf bang, stok gas tengahari ini telah habis dan insya Allah stok akan ada semula pukul 3 petang".
S2 : "Saya belum makan lagi ne, macam mana saya nak masak?"

Kes 3 : ..kena bagi jawapan kira-kira la pulak?

J3 : "Kos perkhidmatan tambahan akan dikenakan bagi penghantaran gas yang perlu menaiki tangga, iaitu 50sen setingkat". 
S3 : "Kalau saya tinggal di tingkat 2, berapa kos tambahanya?"

....dan banyak lagi soalan. Mungkin saja, mereka nak bermanja! Mungkin juga mereka peramah sangat, sampai tak tau nak tanya apa? Mungkin juga, mereka perlu simpati?. Apa pun, Lu pikirlah sendiri!