Gas memasak PETRONAS, Gas pilihan ramai. (Untuk Tempahan Gas Tel : 013-640 2626)

smile smile smile smile smile

Pastikan Gas PETRONAS - Buatan MALAYSIA - Belilah dengan "PAK TEH GAS"

Sunday, November 21, 2010

Alpha, Bravo, Charlie!

Bertemu kembali,

Sebut sahaja perkhidmatan penghantaran barangan, resiko yang perlu dielakkan adalah kesilapan alamat penerima. Salah alamat bererti barangan yang dihantar tidak akan diterima oleh penerima yang betul. ..dan dalam perniagaan ia dianggap rugi besar!

Ianya tidak terkecuali dalam perkhidmatan penghantaran gas ke rumah-rumah. Silap alamat bererti anda telah mengangkat gas yang beratnya lebih 30kg ke rumah yang salah. Bayangkan anda membawanya berkilometer jauhnya, memikulnya bertingkat bangunan tingginya dan bila di beri salam tiada sambutan kerana tiada penghuni di rumah sebab salah rumah atau bila dibuka pintu dimaklumkan bahawa mereka tidak ada menempah gas yang dibawa. Tak ke haru! Rasa nak tercabut kepala lutut, rasa nak baling tong gas tu ke bawah bangunan pun ada!. Semuanya gara-gara silap mengambil alamat, silap menulis alamat atau mungkin silap alamat semasa di beri kepada penghantar.  Dan yang paling haru, alamat yang diberi adalah betul tetapi kita telah pergi ke rumah yang salah.

Dipendekkan cerita, bab alamat ne memang kena perhati betul-betul supaya jangan silap dari mula menerima alamat dari pelanggan, menulis, memberi alamat dan pergi ke alamat yang betul.

Nak diceritakan kali ne adalah bab semasa mengambil alamat daripada pelanggan melalui telefon. Kesilapan terbanyak adalah dari segi sebutan huruf yang dengar sama aja, iaitu :
i)                    Huruf ‘A’, ‘C’ dan ‘E’
ii)                   Huruf ‘B’, ‘D’ dan ‘G’
Contohnya, seorang pemanggil memaklumkan alamatnya adalah Presint 11, Blok E, Tingkat 6, Pintu 7. Saudara memang dengar dan pasti pelanggan sebut Blok E, memang yakin dengar Blok E. Saudara jangan terperanjat jika blok yang sebenar adalah Blok A atau Blok C, saya tak terkejut sama sekali!.

Bagi memastikan tidak berlaku kesilapan huruf-huruf tadi diujudkan kod-kod yang sering digunakan oleh pasukan keselamatan seperti A = Alpha, B = Beravo, C = Charlie dan sebagainya. Kod-kod paling popular mengikut huruf di Putrajaya adalah :

i)                    A = Ayam, Amerika
ii)                   B = Bola, Buku
iii)                 C = Cawan, China
iv)                 D = Donkey, Duku, Denmark
v)                  E = Emak, Ekor
vi)                 F = Finland
vii)               G = Gajah
viii)              H = Harimau

Jadi, jika saudara menetap di Putrajaya dan ingin menempah gas dengan alamat seperti di atas, saudara boleh sebut alamat saya, “Presint 11, Blok Emak, T6, U7”. Mungkin bagi yang kurang biasa rasa janggal, tapi bagi kami ianya penting dan amat-amat membantu bagi memastikan alamat yang diterima  tepat dan betul. Kekadang kita perlu keluar dari kelompok biasa untuk menjadi yang luarbiasa, kan hebat!       

Tuesday, November 9, 2010

Setiap Hari : 9 pagi - 9 mlm : Tel/SMS : 013-640 2626


Membekal dan perkhidmatan menghantar
Gas Memasak LPG PETRONAS
ke rumah-rumah di kawasan Putrajaya.

Sunday, November 7, 2010

Berniaga Gas mengalahkan Bursa Saham?

Salam hormat,

Saudara berminat untuk menjual gas macam saya? Mungkin bukan macam saya, mungkin lagi baik dan serba canggih. Saudara mungkin merasakan berniaga gas ne mudah aja sebab barang tak busuk disimpan lama, barang lak diperlukan hampir semua rumah yang ada dapur. Tak kan ada umah yang tak ada dapur kot? Rumah yang buat business catering mesti banyak dapur. Banyak dapur maka banyak gas diperlukan. Mesti untung mudah dan kurang resiko rugi, mungkin dan segalanya berkemungkinan! ...melainkan saudara alaminya sendiri dan kemungkinan itu akan menjadi kenyataan. Kenyataannya saya telah lebih 8 Tahun mengusahakan perniagaan gas PETRONAS di sebuah wilayah yang terbaik, tercanggih, termoden, terbersih di Malaysia iaitu Putrajaya.  

Tahun 1999 lagi, berbekalkan idea dan fail saya meyusun langkah untuk menjadi peniaga gas di Johor. Idea? ...datang dari manapun tak tau, tiba-tiba aja bila tamat pengajian diploma perakunan di UITM terus  aja nak meniaga gas tapi tak kesampaian sebab......panjang ceritanya, sedih lak tuu takut ada yang nangis lak! Tiga bulan ke hulu ke hilir membawa idea dan fail tapi patah semangat akibat satu alasan. Alasan? Maaf tak boleh dimaklumkan kat public sebab ada pihak yang melenting kepanasan nanti!

Tahun 2001, saya melangkah kaki ke Putrajaya dengan harapan berkobar untuk membina perniagaan baru di wilayah yang baru dan serba canggih ini. ...dan itu yang saya lakukan melalui beberapa perniagaan dibuat. Tahun 2002, saya teringat idea perniagaan gas yang terbengkalai dahulu. Bermodalkan pinjaman RM30,000 saya memulakan perniagaan gas dengan membeli lori lama RM18,000, iklan RM5,000, RM4000 tong gas  dan RM3,000 untuk  modal pusing dengan seorang pekerja. Tumpuan adalah perniagaan direct selling gas terus kepada pengguna, penghantaran gas terus ke rumah-rumah.

Kini 2010, perniagaan direct selling gas terus ke rumah pengguna adalah antara yang terbesar di Malaysia dimana permintaannya mencecah 200 tong sehari. Jika dapat memenuhi 100 tempahan pun telah memadai kerana saudara memerlukan 7 orang pekerja untuk itu, seorang supervisor, seorang pemandu lori, seorang operator dan 4 orang rider bermotor...dan sibuknya mengalahkan bursa saham, percaya lah!

Tahukah saudara, hitung panjang seorang rider dapat menghantar tempahan dalam masa sejam? hanya 4 tempahan. ...dan untuk waktu puncak tempahan dapat diterima pelanggan sehingga lebih sejam, 2 jam malahan 3 jam dan lebih.

Tahukah saudara, masa yang dikehendaki pelanggan apabila membuat tempahan gas? ...jawapanya masa itu juga!

Tahukah saudara, masa paling lama pelanggan dapat tunggu apabila membuat tempahan gas? ...setengah jam!

Jika seorang pekerja bercuti? Jika 3 orang serentak MC? Jika gas habis stok? Jika kenderaan rosak? ..dan masalah ini hampir berlaku setiap hari! Sebab itu, berniaga gas saya katakan mengalahkan bursa saham, percaya lah!

Hubungi saya jika saudara kurang yakin! Mungkin pengalaman sehari menjawab keraguan saudara.