Gas memasak PETRONAS, Gas pilihan ramai. (Untuk Tempahan Gas Tel : 013-640 2626)

smile smile smile smile smile

Pastikan Gas PETRONAS - Buatan MALAYSIA - Belilah dengan "PAK TEH GAS"

Sunday, November 7, 2010

Berniaga Gas mengalahkan Bursa Saham?

Salam hormat,

Saudara berminat untuk menjual gas macam saya? Mungkin bukan macam saya, mungkin lagi baik dan serba canggih. Saudara mungkin merasakan berniaga gas ne mudah aja sebab barang tak busuk disimpan lama, barang lak diperlukan hampir semua rumah yang ada dapur. Tak kan ada umah yang tak ada dapur kot? Rumah yang buat business catering mesti banyak dapur. Banyak dapur maka banyak gas diperlukan. Mesti untung mudah dan kurang resiko rugi, mungkin dan segalanya berkemungkinan! ...melainkan saudara alaminya sendiri dan kemungkinan itu akan menjadi kenyataan. Kenyataannya saya telah lebih 8 Tahun mengusahakan perniagaan gas PETRONAS di sebuah wilayah yang terbaik, tercanggih, termoden, terbersih di Malaysia iaitu Putrajaya.  

Tahun 1999 lagi, berbekalkan idea dan fail saya meyusun langkah untuk menjadi peniaga gas di Johor. Idea? ...datang dari manapun tak tau, tiba-tiba aja bila tamat pengajian diploma perakunan di UITM terus  aja nak meniaga gas tapi tak kesampaian sebab......panjang ceritanya, sedih lak tuu takut ada yang nangis lak! Tiga bulan ke hulu ke hilir membawa idea dan fail tapi patah semangat akibat satu alasan. Alasan? Maaf tak boleh dimaklumkan kat public sebab ada pihak yang melenting kepanasan nanti!

Tahun 2001, saya melangkah kaki ke Putrajaya dengan harapan berkobar untuk membina perniagaan baru di wilayah yang baru dan serba canggih ini. ...dan itu yang saya lakukan melalui beberapa perniagaan dibuat. Tahun 2002, saya teringat idea perniagaan gas yang terbengkalai dahulu. Bermodalkan pinjaman RM30,000 saya memulakan perniagaan gas dengan membeli lori lama RM18,000, iklan RM5,000, RM4000 tong gas  dan RM3,000 untuk  modal pusing dengan seorang pekerja. Tumpuan adalah perniagaan direct selling gas terus kepada pengguna, penghantaran gas terus ke rumah-rumah.

Kini 2010, perniagaan direct selling gas terus ke rumah pengguna adalah antara yang terbesar di Malaysia dimana permintaannya mencecah 200 tong sehari. Jika dapat memenuhi 100 tempahan pun telah memadai kerana saudara memerlukan 7 orang pekerja untuk itu, seorang supervisor, seorang pemandu lori, seorang operator dan 4 orang rider bermotor...dan sibuknya mengalahkan bursa saham, percaya lah!

Tahukah saudara, hitung panjang seorang rider dapat menghantar tempahan dalam masa sejam? hanya 4 tempahan. ...dan untuk waktu puncak tempahan dapat diterima pelanggan sehingga lebih sejam, 2 jam malahan 3 jam dan lebih.

Tahukah saudara, masa yang dikehendaki pelanggan apabila membuat tempahan gas? ...jawapanya masa itu juga!

Tahukah saudara, masa paling lama pelanggan dapat tunggu apabila membuat tempahan gas? ...setengah jam!

Jika seorang pekerja bercuti? Jika 3 orang serentak MC? Jika gas habis stok? Jika kenderaan rosak? ..dan masalah ini hampir berlaku setiap hari! Sebab itu, berniaga gas saya katakan mengalahkan bursa saham, percaya lah!

Hubungi saya jika saudara kurang yakin! Mungkin pengalaman sehari menjawab keraguan saudara.

22 comments:

  1. Salam Pak teh

    Tumpang bertanya..

    Bekerja sambil buat perniagaan ini boleh x?
    Kadar keuntunganya nampak macam rendah kerana banyak pekerja diperlukan..Betul x?

    ReplyDelete
  2. walaikummussalam bain,

    maaf, lewat respon sebab baru perasan ada pertanyaan.

    mula-mula dulu saya pernah buat part time mcm tuu. kul 5ptg start sampai kul 10mlm. tapi bukan jual gas aja, semua barang yang boleh untung rm3 ke atas saya jual spt pampers, sabun basuh, susu tepung dsb.

    untung kasar gas bergantung kepada harga jualan disesuatu kawasan dan taraf kita sama ada sebagai stokis, pengedar, sub-pengedar dsb. jika sebagai sub-dealer bain boleh untung kasar dari rm5 hingga rm7 setong. tQ

    ReplyDelete
  3. salam pak teh...

    Saya ada dapat offer untuk menjadi usahawan gas dangan BHP...dimana bakal usahawan akn di bekalkan dengan lori 1 tan dan 100 tong gas yg penuh...saya nak tanya untuk permulaan bagaimana nak promotekan bisness gas nie..

    ReplyDelete
  4. Salam pak teh..

    Nak tanya..

    Camna nk mulakan bisnes ni dan hubungi supply tong gas dan sebagainya..
    bagaimana pula dengan dokumen yang perlu diserta dan disediakan untuk proses permulaan bisnes ini..
    adakah proses permulaan ini mengambil tempoh yang lama..?

    ReplyDelete
  5. Salam pak teh..

    Nak tanya..

    Camna nk mulakan bisnes ni dan hubungi supply tong gas dan sebagainya..
    bagaimana pula dengan dokumen yang perlu diserta dan disediakan untuk proses permulaan bisnes ini..
    adakah proses permulaan ini mengambil tempoh yang lama..?

    ReplyDelete
  6. salam pak teh

    nak minta tunjuk ajar mcm mane nak mulekan perniagaan

    ReplyDelete
  7. Salam Pak Teh....mcm mana sy nak hubungi pak teh...blh bg no hp tak?...sy berminat nak buat biz gas nie...tq

    ReplyDelete
  8. Salam pak teh. Bole minta tunjuk ajar? Sy bminat sgt kat biz ni. Tp sy mau tau lebi lnjut lg psal biz ni n mohon d beri tnjuk ajr. Bole bg no hp pak teh? Email pn bole jg. Ni no hp sy. 0149582208. Sms ja sy. Email plk wanmr52@gmail.com

    ReplyDelete
  9. Salam pak teh. Bole minta tunjuk ajar? Sy bminat sgt kat biz ni. Tp sy mau tau lebi lnjut lg psal biz ni n mohon d beri tnjuk ajr. Bole bg no hp pak teh? Email pn bole jg. Ni no hp sy. 0149582208. Sms ja sy. Email plk wanmr52@gmail.com

    ReplyDelete
  10. Assalam pak teh..sy berminat dgn bisnes ni.. ini no sy 0167071715. harap pak teh boleh beri tunjuk ajar. terima kasih.

    ReplyDelete
  11. Apakah Anda pernah mencari bantuan keuangan mendesak? Anda membutuhkan pinjaman mendesak untuk membayar tagihan dan utang yang ada? Anda mencari bisnis rumah dan pinjaman pribadi, hubungi kami sekarang dengan info di bawah ini.

    Nama Anda:
    negara:
    Jumlah Pinjaman:
    durasi:
    pekerjaan:
    Tujuan dari pinjaman?
    Nomor Telepon:

    Catatan: Semua tanggapan harus maju Hubungi kami sekarang melalui: anitacharlesqualityloanfirm@gmail.com Terima kasih sudah datang.

    ReplyDelete
  12. Assalam pak teh..sy berminat dgn bisnes ni.. ini no sy 0128846574. harap pak teh boleh beri tunjuk ajar. terima kasih.

    ReplyDelete
  13. Pak teh....saya berminat lah dlm bisnes ne....apa yg saya harus laku kan

    ReplyDelete
  14. assalam pakteh , nak tanya pakteh dapat tong gas tu daripada petronas lah kn? macamana jugak eh cara nak mohon lesen?

    ReplyDelete
  15. Asalamualaikum..nk tnye blh ke..klau sye nk jdi pmbkal gas mcm mne cre nye ye

    ReplyDelete
  16. Ajar saya bisnes gas ni pakteh, nk besarkan ank 8org nk tambah pendapatan

    ReplyDelete
  17. Siapa ingin berjaya dlm perniagaan dlm bidang gas memasak boleh whatspp no ini 01137731596,Hanya yg dari Segamat,sekijang,muar,bakri,pagoh dan ledang sahaja.Sekian Terima Kasih

    ReplyDelete
  18. Salam tuan nak tanya tentang perniagaan tong gas? Dengan masalah yang dihadapi skrng ni saya ingin memulakan perniagaan kecil kecilan dengan bantuan tunjuk ajar Tuan terima kasih

    ReplyDelete
  19. Replies
    1. ..maaf tuan, call atau whatsapp PakTeh 0122613772

      Delete
  20. PakTeh busy kot....xjawab soalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..maaf tuan, call atau whatsapp PakTeh 0122613772

      Delete