Salam sejahtera,
Yang mencabar tentang niaga gas!. Sesiapa yang sedang, telah dan akan meniaga gas pasti happy jika berjaya menyelesaikan cabaran ini..mengikut keutamaan ;
- Pekerja gas - ini yang paling susah cari sebab kerja gas bukan senang beb, berat lagi memberatkan! soo, memang susah nak cari pekerja gas. Rezeki jawapannya.
- Modal - ada RM100,000 ok kot melainkan nak niaga kecil-kecilan. Cuba budget 2 buah lori setan, 3 buah motorsikal, 200 tong gas, 200 isi gas, modal pusing dll. Modal besar jawapannya.
- Kenderaan - seelok-eloknya kenderaan baru sebab kalau kenderaan lama dan angkat benda berat jawapannya asik rosak memanjang, maintenace tinggi lak pulak!. Modal besar jawapanya.
- Pelanggan - semua orang nak masak dan mejoriti pakai gas. Jika saudara ada 20,000 pelanggan, anda boleh bayangkan kerenah 20,000 pelanggan tersebut dan pelanggan ini akan jumpa saudara semula bila habis gas berulang-ulang kali. Kesabaran jawapannya.
- Penguatkuasa - gas LPG merupakan barangan kawalan dan merbahaya serta memerlukan kenderaan yang melibatkan banyak penguatkuasa akan perati seperti KPDN, Majlis Bandaran, Bomba, JPJ, Polis, Puspakom dll. Berhati-hati, modal besar dan sabar jawapannya.
- Stor - gas LPG memerlukan tempat khas untuk tujuan penyimpanan termasuk kenderaan yang mengandungi bahan tersebut. Untuk menyediakan stor perlu mendapat kelulusan KPDN, Pihak Berkuasa Tempatan dan Bomba. Rajin, modal besar, berhati-hati dan sabar jawapannya.
Jika saudara tak der masalah mengenai 6 perkara di atas, saudara telah mempunyai 90% kelebihan untuk niaga gas. 10% lagi minat saudara, cuba lah!
Berkaitan penguatkuasa tu, ada satu lagi yg memantau iaitu JKKP atau DOSH. Kalau menyimpan bhn berbahaya yg boleh meletup kena declare jumlah kuantiti maksimum dlm kawasan penyimpanan dgn borang JKKP5. Penyimpanan bhn LPG ni tertakluk kpd Peraturan CIMAH. sila hubungi supplier anda utk maklumat lanjut atau ke pejabat JKKP yg berhampiran.
ReplyDeleteTerima kasih En Azlan atas perkongsian ilmu yang diberi dan amat membantu. tQ
ReplyDeleteAs salam. Pak Teh saya berminat meniaga gas memasak. Ada modal. Tak tahu bagaimana nak mula. Adakah perlu hubungi stokis berdekatan? Lokasi Meru Klang.
ReplyDeleteBoleh hubungi saya sebarang pertanyaan berkenaan CIMAH. Saya boleh buat report tu. 013-3769802; Shahrul
ReplyDeleteMacam mana nak apply jadi agent .saya berminat nak meniaga gas
ReplyDelete