Gas memasak PETRONAS, Gas pilihan ramai. (Untuk Tempahan Gas Tel : 013-640 2626)

smile smile smile smile smile

Pastikan Gas PETRONAS - Buatan MALAYSIA - Belilah dengan "PAK TEH GAS"

Thursday, May 12, 2011

Berjumpa teman lama...

Akhirnya penantian berhari-hari sampai ke kemuncaknya! Beberapa kali pertemuan terpaksa ditunda kerana pelbagai sebab yang tak dapat dielakkan. Ari ne dapat sudah aku bertemu kawan lama..kawan sama berurusan di KL..iaitu salah seorang dari tiga rakan aku yang bukan melayu. Bukan senang nak dapat geng bukan melayu boleh berbincang pasal perniagaan...saling percaya cuba membantu menaikkan perniagaan yang diceburi masing-masing.

Hampir 3 Tahun rasanya tak jumpa walaupun Elex hanya menetap bersama keluarganya di Segambut, KL. Aku kenal Elex semasa beliau berkerja disalah sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan kepada syarikat aku. Semasa tempoh tersebut, Elex banyak membantu menaikkan perniagaan aku. Kemudian kami jarang berjumpa kerana Elex telah berhenti kerja dari syarikat tersebut untuk menjalankan perniagaan sendiri tetapi kami masih berhubung melalui telefon aja.

Biasa la lama tak jumpa, macam-macam cerita dapat didengar. Antara topik menarik yang dapat dikongsi bersama adalah betapa kita ini sentiasa sibuk sehingga tiada ruang untuk melakukan aktiviti yang kita suka atau meluangkan masa bersama-sama keluarga atau rakan-rakan dengan menjalankan aktiviti yang berkualiti. Apa yang boleh direnungkan bersama adalah kata-kata Elex bahawa kita ini dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu :
  1. Orang yang mempunyai WANG tapi tidak mempunyai MASA;
  2. Orang yang mempunyai MASA tapi tidak mempunyai WANG;
  3. Orang yang mempunyai MASA dan WANG; dan
  4. Orang yang tidak mempunyai MASA dan WANG.
Fikir-fikirkan ! Saudara dikumpulan mana dan fikir-fikirkan orang yang macam manakah bagi setiap satu dikumpulan tersebut. 

Monday, April 18, 2011

Lama vs Baru

angkat gas
Dulu angkat gas macam ne, sekarang dah pakai "Forklift"?
Lama dan baru memang tak dapat dipisahkan, pasti ada kesenambungannya. Tapi lama dan baru mesti ada perbezaan. Kalau sama aja tak ada la perbezaan, tak adalah yang dikatakan hijrah, tak der lah yang dikatakan perubahan, tak ada wawasan dan tak ada kemajuan. Ditakuk lama aja, malu la kan. Dan perbezaan itu mestilah lebih baik, lebih terkini, lebih canggih, lebih up-to-date... pendekkan cerita serba serbinya memang yang baru sepatutnya segalanya lebih. Kalau macam itu keputusannya, maka yang baru mestilah lebih OK dari yang lama. Bukan nak kata yang lama tak OK tapi yang baru sepatutnya lagi OK...adilkan!

Peniaga gas dulu aku peratikan banyak yang asalnya dari pekerja gas yang kemudiannya bertukar kepada berniaga gas. Mungkin pada masa tu, mereka nampak meniaga gas lagi untung dari berkerja gas. Dan pada masa tersebut banyak kemudahan yang diberikan bila ingin meniaga gas seperti insentif pinjam lori, pinjam tong dan pinjam isi. Maknanya tak perlu la modal besar-besar macam sekarang. Semua kemudahan itu payah dah nak dapat sekarang sebab mereka yang dapat pinjam pada masa tersebut telah melarikan kemudahan tersebut. Macam pinjaman PTPTN juga. Masa nak pinjam memang manis mulut, bila nak membayor...banyak alasannya. Standard la kan! Kerajaan leh la membelanjakan jutaan ringgit untuk pungut utang PTPTN!. tapi mereka yang bagi pinjam gas ne tak ada la duit banyak tuu. 

Bila mereka dah buat hal (tidak semua), sekarang saudara kena usaha keras untuk niaga gas. Dan sekarang, peniaga gas yang terbaik adalah seorang yang berjiwa peniaga dan tahu sepak terajang gas...Saudara kah orangnya?

Wednesday, March 9, 2011

Sedapnya, hargapun ngam...

Salam sejahtera,

Asik ceta gas aja.. Kali ini melencong sikit tapi ada kaitan gak juga dengan gas. Gas lagi???  Apo nak dikato "Gas dan manusia sukar dipisahkan" melainkan malas masak...tak gitu! Setiap minggu aku pasti pekena tomyam seafood di Putrajaya dan kawasan yang sewaktu dengannya. Kat Putrajaya leh la makan tapi  kurang kick. Yang rasa paling ok adalah di "Ramai Seafood" di Jalan Ayer Hitam, Kajang (lebih dikenali dengan  Jalan Sungai Merab) dan di "Sri Malee Seafood" di Jalan Air Hitam, Dengkil. Nama jalanpun hampir-hampir sama. Tapi yang paling best adalah sedap dan harganya ngam punya sederhana murah, cuba la. Atau saudara ada port bagus lain yang boleh dikongsi bersama, sila kan.

Nikmat hidup adalah kesihatan, sebab bila sakit tak selera makan. Moga diberi kesihatan sepanjang hayat.

Sunday, February 27, 2011

Ramai TAHU tapi Ramai Buat TAK TAHU

As Salam sejahtera,

Saudara pasti SELAMAT.
 Saudara pasti SELESA.
  Saudara pasti tidak GABRA.

Saudara pasti tidak HURU HARA.
Saudara pasti tidak BERGADUH.
 Saudara pasti tidak KELAPARAN.

....jika saudara mempunyai lebih 1 tong gas sebagai reserved.
Ramai TAHU tapi Ramai BUAT TAK TAHU!

Yang lagi HARU, ada 3 tong gas tapi bila habis tiga-tiga tong
baru order baru.
Ramai juga yang macam ne, percaya lah!

Tricks nak gas cepat...!

Salam perpaduan,

Berbagai helah dilakukan bagi memperolehi gas dengan cepat..kira potong Q la ne! Mula-mula dulu x caya gak, tapi lama-lama tu memang telah terbukti. Antaranya :

Pengalaman 1 : Bila call aja diangkat terus kedengaran suara garang dan marah berkata "..dah lebih 4 jam order gas tak sampai2, anak saya dah menangis kelaparan! boleh antar ke tak ne?" Kalau tak biasa dengan ayat ne pasti gabra dibuatnya dan berjanji akan hantar gas sekarang juga.

Pengalaman 2 : SMS dihantar dengan ayat "NAK NIAGA KE TAK??? DAH BERJAM ORDER TAK SAMPAI2..." Kalau sebulan kerja memang penik dibuatnya dan terus SMS kembali "Maaf tuan/puan, boleh sms alamat, kami akan hantar SKRG juga".

Pengalaman 3 : Call dan bagitau dengan sopan tapi tergesa-gesa "Saya sedang memasak tiba-tiba kehabisan gas tapi perlukan sekarang sebab ada tamu nak datang" ...bila sampai seisi rumah dok lepak macam tak ada apa aja, tolong pasang gas kat dapur tak der persiapan makanan mcm tamu nak datang pun! ...terkena dah.

Banyak lagi tricks, tapi sekali dua boleh la menjadi sebab lepas tuu kami ada pelbagai rekod untuk mengesan dan memastikan tricks ini boleh dikesan. x percaya, percaya lah!  

   

Monday, February 21, 2011

Yang Mencabar Tentang Niaga Gas!

Salam sejahtera,

Yang mencabar tentang niaga gas!. Sesiapa yang sedang, telah dan akan meniaga gas pasti happy jika berjaya menyelesaikan cabaran ini..mengikut keutamaan ;

  1. Pekerja gas - ini yang paling susah cari sebab kerja gas bukan senang beb, berat lagi memberatkan! soo, memang susah nak cari pekerja gas. Rezeki jawapannya.
  2. Modal - ada RM100,000 ok kot melainkan nak niaga kecil-kecilan. Cuba budget 2 buah lori setan, 3 buah motorsikal, 200 tong gas, 200 isi gas, modal pusing dll. Modal besar jawapannya.
  3. Kenderaan - seelok-eloknya kenderaan baru sebab kalau kenderaan lama dan angkat benda berat jawapannya asik rosak memanjang, maintenace tinggi lak pulak!. Modal besar jawapanya. 
  4. Pelanggan - semua orang nak masak dan mejoriti pakai gas.  Jika saudara ada 20,000 pelanggan, anda boleh bayangkan kerenah 20,000 pelanggan tersebut dan pelanggan ini akan jumpa saudara semula bila habis gas berulang-ulang kali. Kesabaran jawapannya.
  5. Penguatkuasa - gas LPG merupakan barangan kawalan dan merbahaya serta memerlukan kenderaan yang melibatkan banyak penguatkuasa akan perati seperti KPDN, Majlis Bandaran, Bomba, JPJ, Polis, Puspakom dll. Berhati-hati, modal besar dan sabar jawapannya.  
  6. Stor - gas LPG memerlukan tempat khas untuk tujuan penyimpanan termasuk kenderaan yang mengandungi bahan tersebut. Untuk menyediakan stor perlu mendapat kelulusan KPDN, Pihak Berkuasa Tempatan dan Bomba. Rajin, modal besar, berhati-hati dan sabar jawapannya.  
Jika saudara tak der masalah mengenai 6 perkara di atas, saudara telah mempunyai 90% kelebihan untuk niaga gas. 10% lagi minat saudara, cuba lah!

Saturday, January 29, 2011

Nape x angkat phone?

Salam,

Y.Bhg Tan Sri/Puan Sri/Datuk/Dato/Datin/Ustaz/Ustazah/Cikgu/Tuan Haji/Hajjah/Tuan/Puan/Encik/Cik/Saudara/Saudari yang dihormati sekelian.

Banyak gak gelaran yang ada kat dunia ne kan! Yang tertinggal tuu, maafkan lah kami ya. 

"Pelanggan diutamakan", perkara ini kami amat sedia maklum. Demi rezeki kami dan  demi memenuhi permintaan pelanggan, kami akan melayan setiap panggilan serta SMS sebaik mungkin.Walau bagaimanapun, ada ketikanya kami tidak dapat menjawab setiap panggilan dan SMS saudara. Justeru itu, banyak pertanyaan yang  dikemukakan mengenai perkara ini..."nape x angkat phone?".
Angkat la!

Untuk makluman pelanggan yang dihormati, beratus panggilan dan SMS kami setiap hari. Dan ada ketikanya kami tidak dapat menjawap panggilan dan SMS tersebut kerana :
  1. Cuti Hari Raya.
  2. Cuti Kecemasan kerana sesuatu perkara seperti pekerja sakit, kenderaan rosak dsb.
  3. Kami sedang bercakap dengan pelanggan lain. Untuk maklum, telefon kami menerima masuk panggilan walaupun kami sedang bercakap dengan seseorang pada masa yang sama.
  4. Tempahan yang ada telah terlalu banyak yang belum dihantar.
  5. Berdasarkan pengalaman, lebih banyak masalah akan timbul jika kami menjawab panggilan tersebut sedangkan tempahan yang ada mungkin melebihi 2 jam untuk diselesaikan.
  6. Waktu rehat/solat. Untuk makluman, waktu rehat kami tidak tentu masa berdasarkan keadaan seperti tempahan telah berkurangan. Biasanya antara kul 1 hingga 3 ptg dan 7 hingga 8 malam.
  7. Tempahan bermula kul 9 pagi dan berakhir 9 malam. Oleh itu, panggilan di luar waktu tersebut jarang dilayan kerana pekerja belum daftar masuk atau pekerja telah di luar dari waktu kerja.
  8. Pekerja belum hadir lagi  atau lewat hadir berkerja. Tempahan tidak boleh diterima lagi kerana dikuatiri pekerja tidak dapat hadir berkerja pada hari tersebut.  
  9. Hari hujan yang tidak boleh dianggarkan bila akan berhenti. Memandangkan penghantaran tidak dapat dibuat kerana hari hujan maka tempahan tidak boleh diterima pada masa tersebut. 
Justeru itu, jika saudara telah membuat tiga (3) kali panggilan tapi tiada jawapan maka saudara boleh andaikan kami berada dalam situasi di atas. Banyak aduan memaklumkan bahawa mereka telah membuat berpuluh panggilan yang tiada respon. Selepas ini, tiga (3) kali panggilan memadai kerana jika kami tidak menghadapi sebarang  situasi maka pastinya kami  akan menjawap panggilan tersebut. Malahan kami akan membuat panggilan semula kepada saudara jika kami mendapat makluman "missed call".

Semoga saudara maklum, semoga saudara dapat menerima penjelasan, semoga saudara dapat menerima hakikat. Sepuluh jari disusun atas segala kelemahan dan kekurangan. Dan kesabaran saudara amat kami hargai.

Kami sudah sepastinya menjawab panggilan saudara kerana itulah kerja kami melainkan berlaku halangan yang tidak dapat dielakkan. Moga dapat dielakkan masalah-masalah tersebut dan dapatlah kami  memberi perkhidmatan sebaiknya, amin.

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Salam hormat,
Tahun baru 2011 akan tiba tidak sampai 12 jam akan datang. Tahun baru, azam baru, target baru, impian baru, cita-cita baru dan pastinya serba serbinya baru terutama pelajar-pelajar sekolah. Bagi warga Putrajaya yang hampir keseluruhanya terdiri dari Kakitangan Awam sudah pastinya mengharapkan gaji baru pada Tahun 2011. Tapi yang tidak kurang pentingnya adalah tarikh pembayaran gaji bagi Kakitangan Awam 2011. Tarikh-tarikhnya :
  • Januari      25.01.2011 (Selasa)
  • Februari    24.02.2011 (Khamis) -Tahun Baru Cina 3 & 4.02.2011
  • Mac          24.03.2011 (Khamis)
  • April          25.04.2011 (Isnin)
  • Mei           24.05.2011 (Selasa)
  • Jun            23.06.2011 (Khamis)
  • Julai           25.07.2011 (Isnin)
  • Ogos         24.08.2011 (Rabu) -Hari Raya Puasa 30 & 31.08.2011
  • September 22.09.2011 (Khamis)
  • Oktober     20.10.2011 (Khamis) -Deepavali 26.10.20111
  • November  24.11.2011 (Khamis) -Hari Raya Haji 06.11.2011
  • Disember   19.12.2011 (Isnin) -Krismis 25.12.2011
Moga membantu saudara membuat budget 2011 dan moga saudara tidak lupa untuk membayar zakat pendapatan. Selamat Tahun Baru 2011 dan semoga 2011 memberi sinar kebahagiaan dan kegemilangan kepada saudara semua, amin.