Gas memasak PETRONAS, Gas pilihan ramai. (Untuk Tempahan Gas Tel : 013-640 2626)

smile smile smile smile smile

Pastikan Gas PETRONAS - Buatan MALAYSIA - Belilah dengan "PAK TEH GAS"

Saturday, January 29, 2011

Nape x angkat phone?

Salam,

Y.Bhg Tan Sri/Puan Sri/Datuk/Dato/Datin/Ustaz/Ustazah/Cikgu/Tuan Haji/Hajjah/Tuan/Puan/Encik/Cik/Saudara/Saudari yang dihormati sekelian.

Banyak gak gelaran yang ada kat dunia ne kan! Yang tertinggal tuu, maafkan lah kami ya. 

"Pelanggan diutamakan", perkara ini kami amat sedia maklum. Demi rezeki kami dan  demi memenuhi permintaan pelanggan, kami akan melayan setiap panggilan serta SMS sebaik mungkin.Walau bagaimanapun, ada ketikanya kami tidak dapat menjawab setiap panggilan dan SMS saudara. Justeru itu, banyak pertanyaan yang  dikemukakan mengenai perkara ini..."nape x angkat phone?".
Angkat la!

Untuk makluman pelanggan yang dihormati, beratus panggilan dan SMS kami setiap hari. Dan ada ketikanya kami tidak dapat menjawap panggilan dan SMS tersebut kerana :
  1. Cuti Hari Raya.
  2. Cuti Kecemasan kerana sesuatu perkara seperti pekerja sakit, kenderaan rosak dsb.
  3. Kami sedang bercakap dengan pelanggan lain. Untuk maklum, telefon kami menerima masuk panggilan walaupun kami sedang bercakap dengan seseorang pada masa yang sama.
  4. Tempahan yang ada telah terlalu banyak yang belum dihantar.
  5. Berdasarkan pengalaman, lebih banyak masalah akan timbul jika kami menjawab panggilan tersebut sedangkan tempahan yang ada mungkin melebihi 2 jam untuk diselesaikan.
  6. Waktu rehat/solat. Untuk makluman, waktu rehat kami tidak tentu masa berdasarkan keadaan seperti tempahan telah berkurangan. Biasanya antara kul 1 hingga 3 ptg dan 7 hingga 8 malam.
  7. Tempahan bermula kul 9 pagi dan berakhir 9 malam. Oleh itu, panggilan di luar waktu tersebut jarang dilayan kerana pekerja belum daftar masuk atau pekerja telah di luar dari waktu kerja.
  8. Pekerja belum hadir lagi  atau lewat hadir berkerja. Tempahan tidak boleh diterima lagi kerana dikuatiri pekerja tidak dapat hadir berkerja pada hari tersebut.  
  9. Hari hujan yang tidak boleh dianggarkan bila akan berhenti. Memandangkan penghantaran tidak dapat dibuat kerana hari hujan maka tempahan tidak boleh diterima pada masa tersebut. 
Justeru itu, jika saudara telah membuat tiga (3) kali panggilan tapi tiada jawapan maka saudara boleh andaikan kami berada dalam situasi di atas. Banyak aduan memaklumkan bahawa mereka telah membuat berpuluh panggilan yang tiada respon. Selepas ini, tiga (3) kali panggilan memadai kerana jika kami tidak menghadapi sebarang  situasi maka pastinya kami  akan menjawap panggilan tersebut. Malahan kami akan membuat panggilan semula kepada saudara jika kami mendapat makluman "missed call".

Semoga saudara maklum, semoga saudara dapat menerima penjelasan, semoga saudara dapat menerima hakikat. Sepuluh jari disusun atas segala kelemahan dan kekurangan. Dan kesabaran saudara amat kami hargai.

Kami sudah sepastinya menjawab panggilan saudara kerana itulah kerja kami melainkan berlaku halangan yang tidak dapat dielakkan. Moga dapat dielakkan masalah-masalah tersebut dan dapatlah kami  memberi perkhidmatan sebaiknya, amin.

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Salam hormat,
Tahun baru 2011 akan tiba tidak sampai 12 jam akan datang. Tahun baru, azam baru, target baru, impian baru, cita-cita baru dan pastinya serba serbinya baru terutama pelajar-pelajar sekolah. Bagi warga Putrajaya yang hampir keseluruhanya terdiri dari Kakitangan Awam sudah pastinya mengharapkan gaji baru pada Tahun 2011. Tapi yang tidak kurang pentingnya adalah tarikh pembayaran gaji bagi Kakitangan Awam 2011. Tarikh-tarikhnya :
  • Januari      25.01.2011 (Selasa)
  • Februari    24.02.2011 (Khamis) -Tahun Baru Cina 3 & 4.02.2011
  • Mac          24.03.2011 (Khamis)
  • April          25.04.2011 (Isnin)
  • Mei           24.05.2011 (Selasa)
  • Jun            23.06.2011 (Khamis)
  • Julai           25.07.2011 (Isnin)
  • Ogos         24.08.2011 (Rabu) -Hari Raya Puasa 30 & 31.08.2011
  • September 22.09.2011 (Khamis)
  • Oktober     20.10.2011 (Khamis) -Deepavali 26.10.20111
  • November  24.11.2011 (Khamis) -Hari Raya Haji 06.11.2011
  • Disember   19.12.2011 (Isnin) -Krismis 25.12.2011
Moga membantu saudara membuat budget 2011 dan moga saudara tidak lupa untuk membayar zakat pendapatan. Selamat Tahun Baru 2011 dan semoga 2011 memberi sinar kebahagiaan dan kegemilangan kepada saudara semua, amin.